Voting

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 24, 2011

Bosan !!!!!

Hyee Peeps..
aku nak cerite, idop ak nie boring sgt2, smnjak ak ngn ko,, sumpah ak kate ak bosan,, tahap gaban kot.. xde ke yg nak simpati ngan ak ke ? hemphh,, ak xmntak sgt pon.. juz mntak ckit je simpati 2..
aku bosan laa hidup ngan ko cm niee... sumpah ak ckap ak da bosan.. ak mntak maap lau selame nie ak xbahgie kan idop kau , and ak nk mintak maap bab ko sllu menyusah kan ak jee.. sumpah ak ckp ,, ko sllu menyusah kan ak.. xans2,, dengan i2 la,, dengan ini laa.. kalo bole ak nak maty denga ko citer mcm at ak. ak benci cerite yg ko post kat wall koe,, ko juz nak ckp , yang ko xsihat laa.. ape laa.. what ever lhaa.. haishh...
ak pon pelik,, sedang kan ak punyer dekt ngan ko, ko xmcj pon, xcall pon.. lau ko jln nan member2 ko, ko anggp ak nie xde je lam dunie nie kan ? sedangkan ak at sebelah ko pon, ko anggp ak xde jee,, cm ak nie xde pape lam idop koe laa,,..!!!!ak piki ko laki jee... bkn masalh ak takot ke,, ape ke ?! bud masalah ak mals nak gado ngan koe, lau ak gado ngan koe, misti ko ade je bende yg xpuaz aty nan ak an ? ?ko mmg sllu cm nie.. ak benci ak idop ngan koe.. sumpah ak benci idop ngan koe tw x!! ko xpenah nak hargai ape yg ak wt tok koe slme nie.. heihhh!! macam SIAL!!! perangai koe nie..
paling ak benci ade ko lam idop ak...

and ble ak sedih.. ko ade pjok ak ark ??? hemmphh,, lau ko sedih,, hamboii,, ko berie'e soh ak pjok ko an ?
xmnat lhaa ak laki cm ko nie.. lau at wall FB ade je ayt ko an ? ?''hemphh,, weyhh korang, ak bosan'' OR ''weyhh korang nak tw x ?ak ade awex cm xde awex je tw..!!!''
AK BENCI NGAN KAUU BODOHHH!!!!!!!

# btw ak xde niat nak ckp ko mcm2 bab ak tw ko mmg ade sikap cm nie kan,, ske sgt nak menghine ak,, ko laa paling ak benci selame ak COUPLE tw x???  

#sedihh ='(
 

Wednesday, November 30, 2011

Aku Seorang Yg Ske Snap Gambar......

Hyee keng kawan...
okeh ark picture yang ak snap nie..?? klo korang ase oke sila laa komen.. and klo kowang nak tw.. picture nie pon ak lhaa yang edit... bg kowang..?? SMART ark?? umm.. sila lhaa komen tau...

Saturday, October 22, 2011

Soalan Yang Kerap di Tanya.... 【ツ】 ▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀.

Soalan Yang Kerap di Tanya.... 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀


Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke"
Jawab: "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak"
Jawab: "Oh ye ke? aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri"

Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik"
Jawab: " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje"
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya dah pindah kat opis"

Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur
"Eh kau sibuk ke"
Jawab: Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke"
Jawab: "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".

Kisah Nenek Dgn CuCu.



cucu~ nenek!! nenek..! Datuk meninggal !!

nenek~ bila cu??

cucu~ baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek kerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat nek !!

nenek~ jap cu, nenek nk pinjam HP kamu dulu cu..

cucu~ nk tpon siapa spa nek ??

nenek~ bukan! nenek nk buka facebook dulu..

cucu~ npa nenek nk buka facebook lagi waktu bgini nie?

nenek~ Hmmm nenek nk ubah status dari BERKAHWIN menjadi JANDA. :)

Saturday, July 9, 2011

Salam sejahtera. Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya ini. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan". Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada pada sebarang makhluk lain... sesuatu yang disebut sebagai akal. Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian tersebut, lalu mempersia-siakannya.

Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu zohor, aku bergegas ke belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan bila-bila masa dari sekarang bapa saudaraku akan sampai. Kami sudah sepakat untuk pergi memancing di Pulau Indah. Cuti persekolahanku kali ini dimulakan dengan aktiviti yang memang aku minat semenjak kecil lagi, memancing.

"Assalamualaikum...! Lan!." Ahh.. pakcikku dah sampai. "Dah siap ke belum?", laungnya lagi.

"Waalaikumussalam. Sini pakcik! Dah siap dah."

Setelah memeriksa semua keperluan, kami berangkat meninggalkan perkarangan rumah. Empat batang joran bersama keperluannya seperti mata kail, batu ladung dan sebagainya ada kami bawa bersama.

"Kita cari umpan dalam perjalanan nanti", kata pakcik.

"Okey", kataku sepatah. "Cantekkkkk," hatiku pula bersuara.

Perjalanan melalui lebuhraya agak membosankan. Aku menghidupkan radio bagi menghilangkan suasana sunyi. Pakcik terus memandu dengan tenang.

"Yeaaa... kita bersama lagi petang ini dengan lagu pembukaan yang digilai ramai sekarang, Isabella...".

Suara juruhebah kesukaan ramai, Jond, berkumandang di udara. Aku juga salah seorang peminat setianya. Persembahannya memang hebat.

Aku melayan perasaan sendiri. Pakcikku bersiul kecil mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang. Aku ikut terhibur.

Selang beberapa minit, pakcikku menghentikan kereta di bahu jalan.

"Ada orang jual umpan tu. Mari kita tengok."

Sebaik selesai urusan membeli umpan, kami meneruskan perjalanan. Kami hanya memerlukan lebih kurang setengah jam sahaja untuk sampai ke tempat tujuan.

Kehijauan pepohon bakau melenyapkan terus keletihan. Alangkah cerianya beburung berterbangan bebas. Terlupa seketika bahawa aku akan menduduki peperiksaan PMR tak lama lagi.

"Meh sembahyang asar dulu."

Aku mengambil wudhuk dan kami berjamaah. Selesai berdoa, kami mengambil joran masing-masing dan mula memasang mata kail. Aku yang sudah biasa dengan joran dan kail, tidak berasa kekok lagi. Semuanya aku buat sendiri.

Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga yang sekadar menonton.

Zuuppppp... Aku melepaskan tali pancing. Kami mula menunggu, setelah semua joran dipasang. Moga-moga kami berjaya hari ini, insya Allah.

Matahari sudah mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Sesudah beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu.


Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing.

"Isy... kenapa tak ada sekor pun naik ni?", bisik hati aku. "Belum rezeki agaknya..."

Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.

"Apa tu aaa...? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu." Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan.

Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang sesunggunya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai.

Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pakcikku yang tadi berada tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut menggebang-gebangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut.

Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.

"Lan! Lan oii...! Kau tengok apa tu?"

Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku. Pakcikku terus memanggil-manggil namaku.

Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya aku pengsan.

Keesokannya, aku mula sedar. Aku berada di rumah dan ibuku berada di sebelah.

"Mana pakcik?" spontan aku bersuara.

"Pakcik ada kat luar tu...", ibuku menjawab.

Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah.

Pakcikku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.

"Kau kena sampuk semalam agaknya". Pakcikku bersuara sambil tergelak kecil.

Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya. Dia terus mengangkat semua joran dan mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti terkena kejutan elektrik.

Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam. Mungkin aku dah kena fobia agaknya.
Mama says, FRIENDS tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... Daddy says, FRIENDS tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... Grandfather says, FRIENDS tu seperti air terus mengalir..... Grandmother says, FRIENDS tu Abak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! Brother says, FRIENDS tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ Sister says, FRIENDS tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.. kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... Me says, FRIENDS tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan.. tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan saya... itu cara saya berkawan..!! Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga...  L0VE YOU MY FWENZ !